fbpx

Komplikasi-komplikasi Diabetes 

Diabetes meningkatkan risiko banyak masalah kesihatan dan jika dibiarkan tanpa rawatan atau pengurusan yang sewajarnya, diabetes boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi, seperti kerosakan saraf, penyakit kardiovaskular, penyakit mata dan penyakit buah pinggang. Namun begitu, dengan rawatan yang betul dan perubahan gaya hidup seperti yang dicadangkan, ramai penghidap diabetes berupaya mencegah atau melewatkan permulaan komplikasi-komplikasi tersebut.
Penyakit Saraf

Kerosakan saraf diabetes dipanggil neuropati diabetes. Tahukah anda bahawa 60-70% daripada penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf? Kekebasan, rasa berdenyut-denyut, rasa panas terbakar dan hilang deria rasa ialah tanda-tanda biasa kerosakan saraf akibat diabetes. Kehilangan deria rasa terutamanya, adalah berbahaya dan mencemaskan kerana keadaan ini boleh membenarkan kecederaan berlaku tanpa disedari sehingga membawa kepada jangkitan yang serius dan kemungkinan pemotongan anggota. Mengekalkan paras glukosa dalam darah pada julat sasaran boleh melewatkan atau mencegah kerosakan saraf. Selain itu, mengambil Mecobalamin, satu bentuk vitamin B12 yang aktif, membantu memulihkan semula saraf-saraf yang rosak, menggalakkan penghasilan saraf-saraf sihat dan melindungi daripada proses degenerasi sistem saraf.

Ulser Kaki

Penghidap diabetes lebih cenderung mempunyai ulser kaki berbanding dengan komplikasi berkaitan diabetes yang lain, seperti penyakit kardiovaskular, penyakit mata dan penyakit buah pinggang. Ini adalah kerana paras gula darah yang tinggi dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kerosakan saraf dan membawa kepada sensasi yang dikurangkan; ini bermaksud anda mungkin tidak sedar bahawa kaki anda tercedera. Oleh itu, anda mungkin lebih terdedah kepada kecederaan seperti luka kecil, lebam atau lecet darah berkurangan di bahagian bawah kaki dan tapak kaki. Tanpa bekalan darah yang baik, luka dan kudis pada kaki tidak akan sembuh dengan baik.

Penghidap diabetes juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyempitan arteri yang menyebabkan aliran darah berkurangan di bahagian bawah kaki dan tapak kaki. Tanpa bekalan darah yang baik, luka dan kudis pada kaki tidak akan sembuh dengan baik.

Bersama-sama masalah ini mengakibatkan penghidap diabetes terdedah kepada penyakit ulser dan jangkitan yang boleh menyebabkan pemotongan anggota. Penghidap diabetes boleh mengurangkan risiko pemotongan anggota dengan mengambil langkah pencegahan seperti pemeriksaan kaki tahunan, pemeriksaan kaki setiap hari, pemakaian kasut kaki yang betul dan pengurusan langsung kecederaan kaki.

Selain daripada kerosakan saraf, penghidap diabetes disyorkan mendapat nasihat daripada pengamal penjagaan kesihatan mereka kerana diabetes juga boleh membawa kepada komplikasi lain yang berkaitan dan yang mempengaruhi bahagian badan yang berlainan:-

Jantung – Diabetes meningkatkan risiko mengalami pelbagai masalah kardiovaskular termasuk penyakit arteri koronari dengan sakit dada (angina), serangan jantung, strok, penyempitan arteri darah (aterosklerosis) dan tekanan darah tinggi. Hakikatnya, penyakit kardiovaskular ialah penyebab kematian paling biasa bagi penghidap diabetes. Paras glukosa dalam darah yang tinggi, tekanan darah tinggi, merokok atau paras kolesterol tinggi akan merosakkan pembuluh darah. Oleh itu, amat penting bagi penghidap diabetes untuk menguruskan paras-paras ini dengan melakukan perubahan gaya hidup seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, sentiasa aktif secara fizikal, mengurangkan berat badan jika berlebihan dan berhenti merokok.

Mata – Kerosakan mata diabetes dipanggil retinopati diabetes. Paras glukosa dalam darah yang tinggi secara konsisten boleh membawa kepada kerosakan mata. Mereka yang menghidap diabetes mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk mendapat katarak pada usia yang lebih muda dan adalah dua kali lebih berkemungkinan untuk mendapat glaukoma. Kesan retinopati ke atas penglihatan penghidap diabetes adalah berbeza, bergantung kepada Penghidap diabetes juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyempitan arteri yang menyebabkan aliranperingkat penyakit tersebut. Simptom-simptom biasa ialah penglihatan menjadi kabur, wujudnya kilatan cahaya atau tiba-tiba hilang penglihatan.

Buah pinggang – Penyakit buah pinggang (nefropati) adalah lebih biasa berlaku dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes serta tekanan darah tinggi. Penyakit buah pinggang dalam diabetes berkembang dengan perlahan-lahan dalam tempoh yang lama, serta paling biasa berlaku kepada mereka yang telah menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi selama lebih 20 tahun. Penyakit ini disebabkan oleh kerosakan pada saluran darah kecil dalam buah pinggang, seterusnya membawa kepada kemerosotan fungsi buah pinggang dan akhirnya, kegagalan buah pinggang.

Pemantauan yang betul bersama-sama dengan rawatan yang tepat pada masa adalah kunci pengurusan diabetes. Perubahan diet dan gaya hidup yang disyorkan seperti mengekalkan berat badan yang sihat, memakan dengan betul dan menambah nutrien yang betul boleh mencegah atau menangguhkan komplikasi yang berkaitan dengan diabetes, seperti ulser kaki, penyakit kardiovaskular, penyakit mata, penyakit buah pinggang dan kerosakan saraf.

Rujukan:
1. Canadian Diabetes Association
2. Diabetes UK

TERBUKTI BERKESAN UNTUK KEROSAKAN SARAF AKIBAT DIABETES!

  • MELINDUNGI daripada Kerosakan Saraf
  • MENCEGAH Keradangan Saraf
  • MEMBAIKI & MENYEMBUHKAN Saraf yang Rosak
  • MENJANA SEMULA Saraf yang Baru dan Sihat

MAL 06071119X

RUMUSAN MULTIVITAMIN & MINERAL UNTUK PENGGUNA Live-well MECOMIN

  • Dilengkapi dengan 19 vitamin, mineral dan antioksidan penting, termasuk Asid Lipoik Alfa, Kromium, Biotin dan Vanadium
  • Menguatkan badan
  • Melindungi sel tubuh, tisu dan organ daripada kerosakan akibat radikal bebas yang berbahaya
  • Membantu menukarkan glukosa darah kepada tenaga untuk meningkatkan kecergasan
png-1

Ini adalah iklan ubat

KKLIU 0607/2019