fbpx

Notis Mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Bagi melaksanakan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami mengeluarkan notis ini kepada semua pelanggan kami yang dihargai.

Sepanjang tempoh anda berurusan dengan Live-well Nutraceuticals.; anda akan diminta untuk memberikan atau telah memberikan kepada kami data peribadi anda untuk dikumpul, digunakan dan diproses bagi tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk kami.

2. TUJUAN LIVE-WELL NUTRACEUTICALS MENGUMPULKAN DATA PERIBADI ANDA

Live-well Nutraceuticals mengumpul data peribadi secara langsung daripada Subjek Data, dan dalam konteks ini, daripada anda melalui penggunaan dalam talian, kemas kini kiriman borang maklum balas langganan, baucar diskaun, dan sebagainya.

Data peribadi anda akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang berikut:-

  • Untuk mengirimkan kepada anda bahan-bahan promosi Live-well Nutraceuticals, iklan-iklan bagi tujuan pemasaran; bagi tujuan pentadbiran;
  • Untuk penilaian dan analisa pasaran, pelanggan-pelanggan Live-well Nutraceuticals dan/atau pelanggan-pelanggan berpotensi yang berkaitan dengan produk-produk dan perkhidmatan Live-well Nutraceuticals;
  • Untuk memantau, menyemak dan menambah baik produk-produk dan perkhidmatan Live-well Nutraceuticals;
  • Untuk digunakan bagi penyimpanan rekod dalaman;
  • Untuk mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk-produk kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling yang terpakai serta kod yang terpakai kepada Live-well Nutraceuticals;
  • Tujuan-tujuan lain yang sedemikian, yang berkaitan dengan produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Live-well Nutraceuticals.

3. SIFAT DATA PERIBADI

Data peribadi adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang berikut:

  • Nama individu
  • Alamat
  • Nombor kad pengenalan (MyKad)
  • Nombor pasport
  • Nombor telefon

4. KEGAGALAN UNTUK MEMBERIKAN DATA PERIBADI ANDA

Kegagalan untuk memperolehi data peribadi anda akan membawa kepada yang berikut:-

  • Live-well Nutraceuticals tidak dapat memberi sebarang maklumat terkini berkaitan produk-produk dan/atau perkhidmatan dan/atau pelancaran-pelancaran Live-well Nutraceuticals kepada anda;
  • Live-well Nutraceuticals tidak dapat menyediakan kepada anda sebarang notis atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda minta.

5. MENDEDAHKAN DATA PERIBADI ANDA

Live-well Nutraceuticals akan merahsiakan data peribadi anda tetapi anda dengan ini membenarkan dan memberi kuasa kepada Live-well Nutraceuticals untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak dalam kategori-kategori yang berikut;

  • Mana-mana orang yang Live-well Nutraceuticals diminta untuk berbuat demikian oleh undang-undang atau sebagai respons kepada agensi kompeten atau agensi kerajaan;
  • Mana-mana pihak yang berkaitan dan bersekutu dengan Live-well Nutraceuticals;
  • Agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pihak-pihak kawal selia industri;
  • Juruaudit-juruaudit, perunding-perunding, akauntan-akauntan, peguam-peguam atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional Live-well Nutraceuticals;
  • Kontraktor-kontraktor, subkontraktor-subkontraktor atau penyedia-penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga bagi Live-well Nutraceuticals apabila difikirkan perlu;
  • Penyedia-penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh Live-well Nutraceuticals berkaitan dengan program-program kesetiaan Live-well Nutraceuticals, bagi tujuan penyampaian penebusan hadiah dan perkhidmatan.

6. KESELAMATAN

Kami akan menyimpan dan memproses data anda dalam cara yang selamat. Kami berusaha, setakat yang boleh dipraktikkan, untuk melaksanakan kawalan keselamatan dan pentadbiran serta prosedur yang sesuai, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk mencegah pemprosesan data peribadi anda yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan kehilangan atau kemusnahan atau kerosakan kepada data peribadi anda yang tidak disengajakan.

7. PEMINDAHAN DAN PERKONGSIAN DATA

Apabila Live-well Nutraceuticals menganggapnya perlu, berkaitan penyediaan produk-produk dan perkhidmatan kepada anda, untuk memindahkan data peribadi anda kepada ahli Live-well Nutraceuticals yang lain atau penyedia-penyedia produk atau perkhidmatan pihak ketiga dalam atau di luar negara di mana Live-well Nutraceuticals ditubuhkan, secara rahsia dan pada tahap kawalan keselamatan yang sama .

8. AKSES DAN PEMBETULAN KEPADA DATA PERIBADI ANDA

Adalah menjadi hak anda sebagai subjek data untuk mempunyai akses dan untuk membetulkan data peribadi yang anda telah berikan kepada Live-well Nutraceuticals dan dalam hal ini, anda boleh:-

  • Menyemak sekiranya kami telah menyimpan atau menggunakan data peribadi anda dan meminta akses kepada data peribadi anda;
  • Meminta untuk membuat pembetulan bagi mana-mana data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau bukan terkini;
  • Meminta penjelasan tentang polisi-polisi dan prosedur-prosedur yang berkaitan dengan data peribadi anda yang telah diberikan kepada Live-well Nutraceuticals;
  • Meminta Live-well Nutraceuticals untuk berhenti memproses data peribadi anda bagi tujuan pemasaran;
  • Meminta Live-well Nutraceuticals untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, termasuk data peribadi yang terhad kepada orang yang mungkin boleh dikenal pasti daripada data peribadi anda;

Untuk sebarang pertanyaan, permintaan-permintaan bertulis untuk mengakses atau membetulkan dan/atau memadamkan data peribadi anda atau untuk maklumat mengenai polisi-polisi dan prosedur-prosedur serta jenis-jenis data peribadi yang dikendalikan oleh kami, sila hubungi Live-well Nutraceuticals di:-

INFOline: 03-6142 6570
E-mel kepada: info@livewell2u.com
Faks kepada kami melalui: 03-6142 6524
Tulis kepada kami di: Live-well Nutraceuticals Sdn Bhd 22-1, Jalan PJU 5/20D, The Strand, 47810 Kota Damansara, Selangor D.E., Malaysia

9. MAKLUMAT LAIN YANG TERSEDIA

Sila baca laman web syarikat kami.

10. BAHASA

Notis tentang data peribadi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina. Sekiranya terdapat sebarang ketakkonsistenan antara versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Cina, maka versi Bahasa Inggeris akan kekal terpakai.