fbpx

MAL 21126025NCR

Suplemen Omega-3 Asid Lemak dengan Kekuatan EPA & DHA Tinggi untuk Menyokong Kesihatan Jantung, Tahap Trigliserida yang Sihat & Kesihatan Otak

Minyak Ikan Marin ialah sumber asid lemak tak tepu Omega-3 – asid Eicosapentanoic (EPA) dan asid Docosahexaenoic (DHA) yang terkenal.

Tubuh manusia mampu menghasilkan sebahagian besar jenis lemak dengan sendirinya tetapi tidak untuk EPA & DHA. EPA & DHA dikenali sebagai Asid Lemak Penting (EFA), bermakna ia tidak boleh dihasilkan oleh badan & perlu diperolehi daripada diet atau suplemen.

EPA & DHA ialah lemak pemakanan dengan pelbagai manfaat kesihatan. Ia terkandung dalam kebanyakan bahagian badan & memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan.

Mengapa memilih minyak ikan kekuatan berganda Royale Omega-3?

  • PARAS EPA & DHA YANG TINGGI – mengandungi sejumlah 720 mg Omega-3 setiap softgel.
  • EPA & DHA membekalkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita seperti menyokong KESIHATAN JANTUNG, TAHAP TRIGLISERIDA YANG SIHAT & KESIHATAN OTAK.
  • DIPROSES MELALUI PENYULINGAN MOLEKUL untuk mengurangkan bahan cemar seperti logam berat (plumbum, merkuri, kadmium, arsenik, dll), dioksin & PCB (Bifenil Poliklorin) serta menghilangkan bau & rasa hanyir untuk ketulenan, kualiti & keselamatan.
  • DIBUAT DI AMERIKA SYARIKAT oleh TISHCON Corp dengan minyak ikan AlaskOmega® yang diproses melalui penyulingan molekul.
  • BOTOL KACA AMBER membantu menghalang ultraungu (sinar UV). Kaca menawarkan perlindungan yang baik terhadap kelembapan dan oksigen untuk keselamatan & kualiti yang tinggi.

Ciri-ciri

Live-well ROYALE OMEGA-3 Fish Oil 1,200 mg dirumus dengan paras EPA & DHA yang tinggi sehingga mengandungi 60% asid lemak Omega-3. Ia adalah suplemen minyak ikan biasa dengan kekuatan tinggi yang mengandungi 432 mg EPA & 288 mg DHA pada setiap softgel, membekalkan sejumlah 720 mg asid lemak Omega-3.

Minyak ikan kami diperoleh daripada Wild Alaska Pollock yang dituai dari perairan sejuk laut dalam di Laut Bering Alaskan, ekosistem yang produktif untuk hidupan marin.


» show more

ROYALE OMEGA-3 Fish Oil 1,200 mg mengandungi minyak ikan yang diproses melalui penyulingan molekul dari AlaskOmega® oleh Wiley Companies, Amerika Syarikat yang telah melalui tahap penulenan & konsentrasi yang teliti untuk mengekstrak & menulenkan konsentrasi EPA dan DHA ke tahap ketulenan yang tinggi. Bau & rasa hanyir disingkirkan semasa proses penyulingan molekul.

AlaskOmega® memastikan kualiti, ketulenan & kesegaran minyak ikan omega-3 yang tinggi untuk pengambilan.

Selain itu, softgel ROYALE OMEGA-3 Fish Oil 1,200 mg dijual dalam botol kaca ambar yang membantu menghalang sinaran ultraungu (UV).

» Read less

EPA & DHA Menyokong:

  • Kesihatan Jantung
  • Tahap Trigliserida yang Sihat
  • Kesihatan Otak
  • Orang dewesa yang berusia
  • Mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung & otak
  • Mereka yang ingin menjaga tahap trigliserida yang sihat
Bahan Aktif Setiap Softgel
EPA (Asid Eicosapentaenoic)
DHA (Asid Eicosapentaenoic)
Kekuatan
432 mg
288 mg

Gelatin: Sumber bovine

Dewasa: Ambil 2 softgel sekali sehari dengan makanan atau seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi.

30 Softgel

Soalan Lazim

S1. Mengapakah pengambilan suplemen minyak ikan Omega-3 penting?
Badan kita memerlukan asid lemak Omega 3 untuk kesihatan tetapi Omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 hanya boleh diambil daripada makanan atau suplemen yang kita ambil. Omega-3 kebanyakannya terdapat dalam ikan, alga laut dan biji benih tumbuhan. Walau bagaimanapun, diet moden kita jarang dapat memberikan kuantiti yang diperlukan, oleh itu untuk kesihatan kita, kita harus mengambil suplemen minyak ikan Omega-3.

S2. Adakah Royale Omega-3 Fish Oil buatan tempatan atau diimport?
Royale Omega-3 dibuat dengan minyak ikan AlaskOmega® yang diproses melalui penyulingan molekul yang dikilangkan oleh TISHCON Corp, Amerika Syarikat.

S3. Bolehkah anda memberitahu saya lebih lanjut tentang AlaskOmega®?
AlaskOmega® ialah tanda dagangan Wiley Companies, Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar produk minyak ikan semulajadi.

S4. Apakah sumber minyak ikan Royale Omega-3?
Royale Omega-3 diperoleh daripada Wild Alaska Pollock, sebahagian daripada keluarga ikan kod yang dituai dari perairan sejuk laut dalam di Laut Bering Alaskan – ekosistem yang produktif untuk hidupan marin.

Disyorkan untuk Pengguna Live-well MECOMIN

Glucosential Bottle Front new(r2)_02

MAL 16055024N

Live-well®GLUCOsential®

MAL 06071119X

Live-well® MECOMIN

MAL 15015041N

Live-well® Alpha Lipoic Acid

Ini adalah iklan produk supplemen kesihatan

KKLIU: 0537 / EXP 31.12.2025

For more information, please feel free to contact us!