fbpx

Live-well MECOMIN mengandungi mecobalamin, bentuk vitamin B12 yang aktif secara neurologi, yang penting untuk sistem saraf periferal. Ia membantu menghasilkan semula saraf yang rosak dan menyokong sistem saraf yang sihat.

Ia sesuai untuk penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengalami masalah saraf. Dos Live-well MECOMIN yang disyorkan ialah 1 kapsul 3 kali sehari selepas makan.

Anda tidak digalakkan untuk menghentikan ubat-ubatan yang telah dipreskripsikan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda. Ubat-ubatan diabetes yang telah dipreskripsikan oleh doktor anda adalah untuk mengawal paras gula dalam darah anda, manakala Live-well MECOMIN membantu menghasilkan semula saraf-saraf yang rosak. Jika anda mengalami masalah saraf berkaitan diabetes, anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang memulakan rejim Live-well MECOMIN anda.

Kebanyakan pesakit melaporkan pengurangan simptom-simptom kerosakan saraf mereka selepas mengambil Live-well MECOMIN untuk hampir 2-3 bulan pada dos yang disyorkan (1 kapsul 3 kali sehari). Oleh kerana kerosakan saraf tidak berlaku dalam masa yang singkat, pembaikan saraf dan regenerasi juga akan mengambil masa – bergantung kepada tahap kerosakan. Oleh itu, jangan berputus asa jika simptom-simptom anda seperti rasa kebas, rasa sesemut, rasa panas terbakar, kesakitan saraf dan kehilangan deria rasa tidak berkurangan dengan segera.

Ya, Live-well MECOMIN boleh diambil bersama ubat-ubatan diabetes. Sekiranya ubat-ubatan tersebut juga perlu diambil selepas makan, anda dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan tersebut terlebih dahulu dan tunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mengambil Live-well MECOMIN.

Live-well MECOMIN tidak mengandungi derivatif haiwan, oleh itu ia sesuai untuk semua termasuk vegetarian, penganut Hindu dan Buddha.

Ya. Live-well MECOMIN adalah sesuai untuk penghidap diabetes walaupun anda tidak mengalami simptom-simptom kerosakan saraf. Paras gula dalam darah yang tinggi berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf, membawa kepada kerosakan saraf periferal dan menyebabkan simptom-simptom seperti rasa kebas, rasa sesemut, rasa panas terbakar, kesakitan saraf dan kehilangan deria rasa. Penghidap diabetes lebih mudah mendapat masalah saraf, oleh itu anda disyorkan untuk mengambil Live-well MECOMIN untuk pencegahan.

Dos yang disyorkan untuk Live-well MECOMIN ialah 1 kapsul 3 kali sehari selepas makan. Sekiranya anda telah mengambil Live-well MECOMIN pada dos yang disyorkan setiap hari, kami menasihatkan anda untuk teruskan dan dapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan anda (sekiranya anda mempunyai masalah perubatan yang lain). Jika anda tidak mematuhi dos yang disyorkan, anda dinasihatkan untuk mengikut dos yang telah disyorkan iaitu 1 kapsul, 3 kali sehari selepas makan.

Nota: Kerosakan saraf ialah satu komplikasi diabetes yang serius disebabkan kawalan gula dalam darah yang tidak baik untuk tempoh yang lama. Oleh kerana kerosakan saraf tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, pembaikan dan regenerasi saraf juga akan mengambil masa – bergantung kepada tahap kerosakan. Sila pastikan anda mengambil ubat-ubatan diabetes yang telah dipreskripsikan secara tetap dan awasi pemakanan anda serta lakukan senaman secara tetap untuk mengawal keadaan diabetes dengan lebih baik.

Ya, sekiranya simptom-simptom kerosakan saraf adalah parah dan anda memerlukan ubat penahan sakit untuk membantu melegakan kesakitan untuk sementara waktu, anda boleh mengambil ubat penahan sakit seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor anda semasa anda mengikuti rejim Live-well MECOMIN anda.