Tentang Kami
Di Live-well, kami percaya bahawa orang dan proses-proses di sebalik inovasi kesejahteraan adalah sama pentingnya dengan produk itu sendiri. Nilai-nilai kami membentuk Live-well dan membenarkan kami berdiri di belakang setiap produk yang kami tawarkan.
Live-well telah diasaskan dan diuruskan oleh satu pasukan ahli farmasi yang mempunyai pengalaman terkumpul selama 60 tahun. Para pengasas kami mendapat wawasan yang sangat berguna daripada para pelanggan mereka melalui interaksi harian dengan pelanggan sepanjang kerjaya mereka sebagai ahli farmasi. Pengetahuan ini membawa kepada pembangunan rumusan-rumusan khusus produk kesejahteraan yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan suatu populasi yang semakin sedar tentang isu-isu kesihatan.
1. PENYELIDIKAN YANG DISOKONG OLEH NILAI
Kami mengambil pendekatan berbilang kepada kesejahteraan. Dalam usaha untuk mengupayakan orang ramai dengan pengetahuan, kami mendapat maklum balas mengenai apa yang orang ramai mahukan dalam produk suplemen dan berusaha ke arah membangunkan suatu produk khusus yang disokong oleh sains dan mempunyai asas yang kuat untuk berinovasi. Kami percaya bahawa integriti adalah penting dalam industri kesejahteraan dan kami sentiasa menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang berasaskan bukti agar para pengguna kami boleh membuat keputusan yang betul dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.
2. BAHAN RAMUAN KELAS DUNIA
Rumusan-rumusan kami mengandungi bahan ramuan kelas dunia dari AS, Perancis, Itali, Jepun, Australia, dan sebagainya. Penggunaan bahan-bahan ini telah disokong oleh penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya serta bukti-bukti kukuh oleh fasiliti-fasiliti penyelidikan antarabangsa. Kami menjamin keberkesanan produk-produk kami kerana kami menggunakan bahan-bahan nutrisi dan ekstrak herba terpiawai bagi menjamin potensinya. Tidak ada satupun daripada rumusan-rumusan kami mengandungi herba-herba kasar. Herba kasar bermaksud bahan semula jadi yang kering dan tidak diproses, yang berasal daripada tumbuhan dan digunakan untuk perubatan. Walaupun herba kasar telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, kami percaya bahawa hanya herba-herba terpiawai yang boleh menjamin kemujarabannya.
Kualiti sebenar sebarang produk herba bermula dengan kualiti bahan-bahan mentahnya.
Bagi menjamin konsistensi produk-produk herba kami, Live-well hanya menggunakan ekstrak-ekstrak herba terpiawai.
Ekstrak-ekstrak herba terpiawai memastikan yang produk siap mengandungi sebatian-sebatian daripada tumbuhan, yang aktif secara biologi dalam jumlah yang tepat seperti yang dinyatakan pada label. Bahan aktif dalam jumlah yang konsisten adalah satu-satunya cara untuk menjamin potensi sesuatu produk siap
3. BARISAN PRODUK INOVATIF
Semenjak penubuhan Live-well pada 2003, kami telah mencipta satu peluang pasaran bagi diri kami melalui barisan produk kami. Kami menyediakan pilihan-pilihan kepada para pengguna yang mencari produk-produk penjagaan kesihatan yang unik dan inovatif. Walaupun kami menghasilkan lebih banyak suplemen nutrisi yang biasa, kekuatan kami terletak pada produk-produk unik dan inovatif kami yang tidak terdapat dalam barisan produk suplemen yang lain.
4. PERKONGSIAN GLOBAL
Kami berkolaborasi dengan sebuah syarikat terkenal dunia, Tishcon Corp yang berpangkalan di AS dalam penghasilan suplemen-suplemen makanan kesihatan. Kolaborasi ini juga membantu kami untuk memperkenalkan produk-produk yang inovatif
Kami banyak melabur dalam Penyelidikan & Pembangunan dan kami ialah pemilik teknologi pembuatan Liqfil yang berpaten di Jepun, iaitu yang pertama daripada jenisnya yang digunakan di rantau Asean.
5. TEKNOLOGI PEMBUATAN LIQFIL™ YANG HEBAT
Kami adalah antara syarikat pertama di Asia yang menggunakan teknologi pembuatan Jepun, yang dikenali sebagai Liqfil. Teknologi Liqfil membenarkan bahan-bahan aktif dalam bentuk cecair untuk dibungkus dalam kapsul sayuran dua lapis yang keras. Kapsul-kapsul Liqfil yang mengandungi cecair mempunyai dua kelebihan yang revolusioner:
- Kebolehtelapan oksigen yang rendah berbanding kapsul gelatin yang lembut, melindungi bahan-bahan aktif terhadap pengoksidaan dan memastikan potensi produk.
- Oleh kerana bahan-bahan aktif berada dalam bentuk cecair, penyerapan menjadi lebih cepat seterusnya membawa kepada manfaat kesihatan yang optimum.
6. PIAWAI ANTARABANGSA
Proses penyelidikan dan pembangunan berterusan kami dijalankan di fasiliti pembuatan yang mempunyai perakuan GMP.
Fasiliti-fasiliti pembuatan kami adalah patuh GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik) bagi menjamin kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk yang dihasilkan di dalam kilang. Pemeriksaan GMP dijalankan oleh Agensi-Agensi Kawal Selia Kebangsaan. Di Malaysia, amalan-amalan GMP dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan.
Peraturan-peraturan ini yang tertakluk kepada undang-undang, memerlukan para pengilang, pemproses dan pembungkus ubat-ubatan untuk mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan produk-produk mereka adalah selamat, tulen dan berkesan.
Kami menyokong piawai antarabangsa yang ketat ini dengan audit-audit Jaminan Kualiti berkala oleh pasukan dalaman kami serta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.