fbpx

Terma Perkhidmatan

1. Pengenalan

Laman web mecomin.com (“laman”) disediakan sebagai satu laman sumber maklumat dan bukan bermaksud untuk menggantikan nasihat perubatan dan rawatan oleh profesional penjagaan kesihatan anda. Terma Perkhidmatan laman ini menjelaskan peraturan-peraturan, terma dan syarat Laman kami. Sila baca Terma Perkhidmatan dengan teliti sebelum meneruskan untuk berdaftar dengan Laman ini. Terma-terma yang berikut adalah merupakan satu perjanjian antara mecomin.com, pengendali Laman dan anda. Perjanjian ini (“Terma Perkhidmatan”) mentadbir penggunaan Laman ini oleh anda, sebagai pelawat biasa dan sebagai seorang ahli.

Menggunakan Laman ini dan/atau dengan mendaftar dengan kami bermakna anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan ini, termasuk bahawa anda bersetuju untuk berurus niaga dengan kami secara elektronik, bahawa anda bersetuju dengan amalan-amalan maklumat yang didedahkan dalam Polisi Privasi kami. Kami ingin menjelaskan bahawa Laman ini disediakan “seadanya”, tidak termasuk waranti.

2. Maklumat Laman

Laman ini mengandungi himpunan maklumat dan alat-alat tentang kesihatan dan bagaimana untuk kekal sihat. Isi kandungannya ditulis oleh kami atau penulis-penulis yang ditugaskan oleh kami. Kandungan yang kami tulis, telah ditulis dan disemak oleh pakar-pakar kesihatan sebelum ia dipaparkan. Semua yang kami paparkan di Laman ini adalah dirujuk dalam Terma Perkhidmatan ini secara kolektif sebagai “Perkhidmatan”.

3. Perubahan kepada Perjanjian

Kami boleh mengubah Terma Perkhidmatan ini pada bila-bila masa yang kami fikir ada keperluan. Sekiranya kami membuat perubahan, kami akan memaklumkan kepada anda dengan memberi nota di Laman ini bahawa Terma Perkhidmatan telah dikemas kini. Jangan teruskan penggunaan Laman ini jika anda tidak bersetuju dengan sebarang perubahan yang dibuat. Sekiranya anda meneruskan penggunaan Laman ini selepas perubahan dibuat, ia menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan terma-terma baharu tersebut.

4. Pendaftaran

Apabila anda mendaftar untuk surat berita kami, anda dikehendaki untuk memberikan nama, alamat e-mel, tarikh lahir dan kata laluan anda. Ini adalah kelayakan-kelayakan anda untuk mengakses Perkhidmatan yang hanya tersedia untuk ahli (“Kelayakan”).

5. Maklumat Peribadi

Polisi Privasi mecomin.com menerangkan amalan-amalan maklumat yang terpakai kepada maklumat peribadi yang kami ada mengenai anda. Anda bersetuju dengan pemindahan maklumat ini kepada kami untuk diproses dan disimpan oleh kami. Selain itu, anda juga bersetuju bahawa kami boleh mengunakan Kelayakan anda untuk mengesahkan anda pada mana-mana Perkhidmatan atau Laman ini.

6. Tanggungjawab Anda

Anda bertanggungjawab ke atas semua penggunaan Laman dan Perkhidmatan, menggunakan Kelayakan anda, termasuk penggunaan oleh orang lain yang anda telah berikan Kelayakan anda kepada mereka. Anda boleh menggunakan Laman ini dan Perkhidmatan hanya untuk tujuan-tujuan yang sah dan bukan komersial sahaja. Apabila anda menyertai komuniti kami atau memberikan penarafan, anda hendaklah mematuhi Garis Panduan Hantaran. Anda tidak boleh menggunakan Laman ini dalam apa-apa cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, terlalu membebani atau melemahkan pelayan-pelayan atau rangkaian-rangkaian kami atau mengganggu keseronokan dan penggunaan Laman dan Perkhidmatan oleh mana-mana pihak lain. Anda tidak boleh cuba mendapatkan akses yang tidak dibenarkan ke sebarang Perkhidmatan, akaun pengguna atau sistem atau rangkaian komputer, melalui penggodaman, perlombongan kata laluan atau sebarang cara lain. Kami akan mengambil tindakan undang-undang dan sebarang remedi teknikal untuk mencegah pencabulan peruntukan ini dan untuk menguatkuasakan Terma Perkhidmatan ini.

7. Perubahan Kepada Perkhidmatan

Sekali-sekala kami mungkin akan menambah Perkhidmatan baharu, menggantikan Perkhidmatan sedia ada dengan Perkhidmatan baharu atau tidak meneruskan Perkhidmatan sedia ada. Maklumat mengenai Perkhidmatan baharu akan dimasukkan dalam Laman dan penggunaan Perkhidmatan baharu akan ditadbir oleh Terma Perkhidmatan ini.

8. Pautan Ke Laman-Laman Lain

Pautan-pautan ke laman-laman web lain boleh digabungkan dalam Laman Web ini. Sebahagian daripada laman-laman ini mungkin mengandungi bahan-bahan yang tidak tepat atau menyalahi undang-undang. Pautan-pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda sahaja. Kami tidak mengendors laman-laman ini atau produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka sediakan. Anda memperakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab atau boleh dipertanggungjawabkan ke atas kandungan atau ketepatan laman-laman lain ini.

9. Terma-Terma Tambahan

Perkhidmatan tertentu di Laman ini mungkin mempunyai terma-terma tambahan (seperti polisi-polisi dan garis panduan) yang akan selanjutnya mentadbir cara anda menggunakan Perkhidmatan tertentu tersebut dan sebagai tambahan kepada Terma Perkhidmatan ini. Sekiranya anda memilih untuk mendaftar untuk atau akses kepada mana-mana Perkhidmatan yang sedemikian, anda akan diberikan mana-mana terma dan syarat tambahan yang relevan pada masa tersebut. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju untuk mematuhi garis panduan dan peraturan-peraturan tambahan yang sedemikian.

10. Tiada Spam

Anda tidak boleh menggunakan sebarang maklumat hubungan yang diberikan oleh pengguna-pengguna kami atau mengumpul maklumat mengenai pengguna-pengguna kami, bagi tujuan untuk menghantar atau memudahkan penghantaran, komunikasi pukal yang tidak diminta seperti SPAM atau SPIM. Anda tidak boleh membenarkan orang lain untuk menggunakan akaun anda untuk mencabuli terma-terma bahagian ini. Kami boleh menamatkan keahlian atau akses anda ke Laman ini dengan serta-merta dan mengambil lain-lain tindakan undang-undang sekiranya anda atau sesiapa yang menggunakan Kelayakan anda mencabuli peruntukan-peruntukan ini.

11. Penggunaan Kandungan Oleh Anda

Semua Kandungan yang terdapat di Laman ini adalah dimiliki oleh kami dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta, tanda dagang, paten dan proprieti. Anda dibenarkan untuk menggunakan Kandungan bagi tujuan peribadi, bukan komersial sahaja. Anda juga boleh mencetak, memuat turun dan menyimpan artikel-artikel dan lain-lain maklumat untuk kemudahan anda sendiri tetapi tidak boleh mengedar, menerbitkan semula (kecuali seperti yang dibenarkan dalam perenggan ini) atau menjual mana-mana bahagian Kandungan atau mengeksploitasi Kandungan untuk keuntungan komersial.

12. Pautan Ke Laman Web Ini

Secara umumnya, anda tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada mecomin.com untuk meletakkan teks pautan ke laman anda yang akan memaut kembali ke Laman ini. Kami berhak untuk menarik balik kebenaran kepada pautan tersebut pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlak kami. Sekiranya kami menarik balik kebenaran sedemikian, anda dengan ini bersetuju untuk mengeluarkan dan melumpuhkan sebarang dan semua pautan anda ke Laman ini dengan serta-merta. Jika anda tidak mempunyai perjanjian bertulis dengan kami yang memperincikan bagaimana anda boleh membuat pautan ke Laman ini, sila hubungi kami untuk mendapatkan garis panduan tentang bagaimana anda harus paparkan pautan tersebut.

13. Peraduan

Sekali-sekala kami mungkin akan menawarkan peraduan di Laman ini. Peraduan akan ditadbir oleh peraturan-peraturan khusus yang boleh diakses dari halaman yang menawarkan peraduan-peraduan tersebut dan akan diberikan kepada anda pada masa anda memilih untuk menyertainya.

14. Penafian Waranti

Laman dan Perkhidmatan ini disediakan “seadanya”, “dengan segala kecacatan” dan “seperti yang tersedia”. Kami dan pembekal-pembekal kami tidak memberi waranti atau jaminan mengenai Perkhidmatan tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami dan pembekal-pembekal kami menafikan waranti-waranti tersirat bahawa Perkhidmatan adalah boleh diniagakan, berkualiti memuaskan, tepat, sesuai untuk tujuan atau keperluan tertentu atau tidak melanggar peraturan. Kami dan pembekal-pembekal kami tidak memberi jaminan bahawa keputusan-keputusan yang diperolehi daripada penggunaan Perkhidmatan akan berkesan, boleh dipercayai dan tepat atau memenuhi keperluan anda. Kami dan pembekal-pembekal kami juga tidak menjamin dapat memenuhi peraturan kerajaan yang memerlukan pendedahan maklumat mengenai produk-produk ubat preskripsi. Tiada maklumat lisan atau bertulis yang diberikan oleh wakil mecomin.com akan mencipta waranti. Anda menggunakan Laman dan Perkhidmatan ini di atas risiko anda sendiri.

15. Tujuan Pendidikan Sahaja

Semua maklumat yang terdapat di Laman ini direka bagi tujuan pendidikan semata-mata. Ia tidak harus menggantikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan profesional. Sila hubungi profesional penjagaan kesihatan anda sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan atau soalan mengenai kesihatan dan kesejahteraan anda. Pembangunan dalam penyelidikan perubatan boleh memberi impak kepada maklumat kesihatan, kecergasan dan nutrisi yang terdapat di sini. Tiada jaminan boleh diberikan bahawa maklumat yang terkandung dalam Laman ini akan sentiasa melibatkan dapatan-dapatan atau pembangunan paling terkini yang berkaitan dengan bahan tertentu tersebut.

16. Nasihat Perubatan Peribadi Dan Berkaitan Kesihatan

TLaman ini TIDAK MENYEDIAKAN nasihat untuk perubatan peribadi atau penjagaan kesihatan. Maklumat yang terdapat di Laman Web ini adalah bagi tujuan pendidikan semata-mata dan tidak harus digunakan sebagai pengganti kepada nasihat perubatan yang sepatutnya daripada profesional penjagaan kesihatan yang berkelayakan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan sedia wujud atau sedang mengambil ubat-ubatan preskripsi, anda dinasihatkan untuk menghubungi pengamal perubatan anda terlebih dahulu.

17. Kawasan Di Luar Capaian Dalam Malaysia

Sekiranya soalan-soalan anda mengenai produk-produk kami, harga dan tempat pembelian adalah dari luar Malaysia, kami mengucapkan terima kasih di atas minat anda.

Kami berharap anda faham kerana kami tidak dapat memberikan respons kepada soalan-soalan tersebut. Produk-produk kami hanya boleh didapati di semua farmasi bebas dan rantaian terkemuka dalam Malaysia sahaja.

18. Had Liabiliti Umum

Mengakses dan menggunakan Laman ini dan Perkhidmatan tidak menghasilkan dalam apa cara jua pun, kerahsiaan pengamal/pesakit. Kami tidak mempromosi atau mengendors sebarang ujian, profesional penjagaan kesihatan, prosedur atau pendapat yang tertentu atau lain-lain maklumat yang mungkin muncul di Laman ini. Sekiranya anda mempercayai sebarang maklumat yang disediakan oleh Laman ini, para pekerjanya atau para tetamu atau pelawatnya, anda berbuat demikian di atas risiko anda sendiri secara eksklusif.

19. Penamatan

Sekiranya terdapat pencabulan Terma Perkhidmatan ini atau lain-lain polisi dan terma pada Perkhidmatan oleh anda, kami boleh, tanpa memberi notis awal, menamatkan dan/atau menggantung pendaftaran anda, berkuatkuasa serta-merta.

20. Jaminan Ganti Rugi

Apabila diminta oleh kami, anda bersetuju untuk mempertahankan, melindungi dan tidak mempertanggungjawabkan kami, para pekerja, kontraktor, pegawai, pengarah, ejen, syarikat induk, lain-lain syarikat sekutu dan pembekal kami, terhadap semua liabiti, tuntutan dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang timbul akibat anda menggunakan atau salah menggunakan Laman dan Perkhidmatan ini. Kami berhak untuk mempunyai kawalan ke atas pembelaan terhadap tuntutan mana-mana pihak ketiga yang tertakluk kepada jaminan ganti rugi oleh anda, yang mana anda akan bekerjasama dengan kami dalam menggunakan sebarang pembelaan yang ada.

21. Pilihan Undang-Undang dan Lokasi Untuk Menyelesaikan Pertikaian

Terma Perkhidmatan ini adalah ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan sebarang tuntutan atau pertikaian yang anda mungkin ada terhadap kami. Anda selanjutnya bersetuju bahawa sebarang pertikaian atau tuntutan yang anda mungkin ada terhadap kami akan diselesaikan oleh mahkamah yang terletak dalam Malaysia.

22. Tanda Dagang

Semua tanda dagang yang muncul dalam Perkhidmatan adalah harta para pemilik mereka masing-masing, termasuk tanpa terhad kepada mecomin.com. Tiada hak, lesen atau kepentingan kepada tanda-tanda dagang sedemikian diberikan oleh Perjanjian ini.