fbpx

Terma & Syarat

1. PENGGUNAAN LAMAN WEB

Sila fahami terma dan syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini. Menggunakan laman web ini mengesahkan bahawa anda, dengan tanpa syarat, bersetuju dengan terma dan syarat yang berikut. Sekiranya anda tidak menerima terma dan syarat ini, sila berhenti daripada menggunakan laman ini.

2. KANDUNGAN DAN CIRI-CIRI PRODUK

Semua kandungan dan ciri-ciri produk yang diterangkan atau dipaparkan di Laman Web ini (‘Laman Web’ ini – http://www.mecomin.com), adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Mana-mana produk dan/atau perkhidmatan yang dimasukkan dalam Laman Web ini pada sebarang masa yang tertentu tidak bermaksud atau memberi jaminan bahawa mana-mana daripada produk atau perkhidmatan ini akan boleh didapati pada bila-bila masa atau di negara di mana anda tinggal.

Live-well Nutraceuticals akan melakukan semua usaha yang munasabah untuk memberikan gambaran yang tepat tentang ciri-ciri produk, termasuk warna; walau bagaimanapun, warna sebenar yang anda lihat adalah bergantung kepada sistem komputer anda dan kami tidak memberi jaminan bahawa komputer anda akan memaparkan warna-warna yang sedemikian dengan tepat.

3. KETEPATAN MAKLUMAT

Semua usaha telah dilakukan untuk memastikan maklumat di Laman Web ini lengkap, tepat dan terkini. Namun, di sebalik semua usaha kami, ada ketikanya maklumat di Laman Web ini mungkin tidak tepat, tidak lengkap atau lapuk. Kami tidak memberi sebarang representasi terhadap kesempurnaan, ketepatan atau kekinian sebarang maklumat di Laman Web ini. Sebagai contoh, produk-produk yang dimasukkan dalam Laman Web ini mungkin tidak boleh didapati atau mempunyai sifat-sifat yang berlainan daripada yang tersenarai. Selain itu, kami akan membuat perubahan kepada maklumat tanpa memberi notis awal.

4. NASIHAT DARIPADA PENASIHAT-PENASIHAT KESIHATAN

Walaupun nasihat daripada penasihat-penasihat kesihatan kami adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka, nasihat dan syor-syor mereka bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor anda. Anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada profesional perubatan yang kompeten mengenai kebolehgunaan mana-mana syor berkaitan simptom-simptom atau masalah kesihatan anda.

5. PERLINDUNGAN LAMAN WEB

The design of this Web Site and all text, graphics, information, content, and other material displayed on or that can be downloaded from this Web Site are protected by copyright, trademark and other laws and may not be used except as permitted in these Terms and Conditions or with prior written permission of the owner of such material. All rights reserved.

6. HAK CIPTA

Tiada sebarang kandungan boleh disalin, disiarkan, diubah suai, diedar, dipaparkan atau sebaliknya, menggunakan sebarang bentuk tanpa mendapat kebenaran bertulis yang nyata daripada Live-well Nutraceuticals. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mencabul undang-undang hak cipta.

7. HTANDA DAGANG

Tanda dagang, nama dagang, tanda perkhidmatan dan logo-logo tertentu yang digunakan atau dipaparkan di Laman Web ini adalah tanda dagang, nama dagang dan tanda perkhidmatan berdaftar dan tidak berdaftar Live-well dan syarikat-syarikat sekutunya. Lain-lain tanda dagang, nama dagang dan tanda perkhidmatan yang digunakan atau dipaparkan di Laman Web ini adalah tanda dagang, nama dagang dan tanda perkhidmatan berdaftar dan tidak berdaftar pemilik-pemiliknya masing-masing termasuk syarikat-syarikat sekutunya. Tiada yang terkandung dalam Laman Web ini membenarkan atau boleh ditafsirkan sebagai membenarkan, secara tersirat atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan sebarang tanda dagang, nama dagang, tanda perkhidmatan atau logo yang dipaparkan di Laman Web ini tanpa kebenaran bertulis daripada Live-well Nutraceuticals atau pemilik lain yang sedemikian.

8. PAUTAN-PAUTAN PIHAK KETIGA

Sekali-sekala, Laman Web ini mungkin mempunyai pautan-pautan ke laman-laman Web yang tidak dimiliki, dikendalikan atau dikawal oleh Live-well atau syarikat-syarikat sekutu mereka masing-masing (termasuk tetapi tidak terhad kepada, drugstore.com). Semua pautan yang sedemikian disediakan semata-mata untuk kemudahan anda. Sekiranya anda menggunakan pautan-pautan ini, anda akan meninggalkan Laman Web ini. Kami atau mana-mana rakan sekutu kami masing-masing tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan, bahan atau maklumat lain yang terletak di atau yang boleh diakses daripada mana-mana laman Web lain. Kami atau mana-mana rakan sekutu kami masing-masing tidak mengendors, menjamin atau memberi sebarang representasi atau waranti mengenai sebarang laman Web lain atau sebarang kandungan, bahan atau maklumat lain yang terletak di atau yang boleh diakses daripada mana-mana laman Web lain atau keputusan yang anda mungkin perolehi daripada menggunakan mana-mana laman Web lain. Sekiranya anda memutuskan untuk mengakses mana-mana laman Web lain yang dipautkan ke atau daripada Laman Web ini, anda berbuat demikian di atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

9. MEMAUT KE LAMAN WEB INI

Mencipta atau menyenggara sebarang pautan dari Laman Web lain ke mana-mana halaman pada Laman Web ini tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu adalah dilarang. Mengendalikan atau memaparkan Laman Web ini atau sebarang maklumat atau bahan yang dipaparkan di Laman Web ini dalam kerangka-kerangka atau melalui kaedah-kaedah yang serupa di laman Web lain tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu adalah dilarang. Mana-mana pautan ke Laman Web ini yang dibenarkan hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai.

10. BAHAN TIDAK SESUAI

Menghantar atau menyiarkan sebarang bahan yang menyalahi undang-undang, berbentuk fitnah, ugutan, lucah, pornografi atau menghina atau sebarang bahan yang boleh mengandungi atau menyokong perbuatan yang boleh dianggap satu kesalahan jenayah atau membawa kepada liabiliti sivil atau sebaliknya mencabul mana-mana undang-undang adalah dilarang. Sebagai tambahan kepada mana-mana remedi yang kami mungkin ada menurut undang-undang atau dalam ekuiti, sekiranya kami menentukan, menurut budi bicara mutlak kami, bahawa anda telah mencabuli atau berkemungkinan akan mencabuli larangan-larangan di atas, kami akan mengambil sebarang tindakan yang kami anggap perlu untuk memulihkan atau mencegah pencabulan tersebut, termasuk tanpa had, mengeluarkan dengan serta-merta bahan-bahan yang berkenaan daripada Laman Web ini. Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak penguatkuasa undang-undang atau perintah mahkamah atau sapina yang meminta atau mengarahkan kami untuk mendedahkan identiti sesiapa yang membuat hantaran bahan-bahan yang sedemikian.

11. MAKLUMAT PENGGUNA

Selain daripada maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi, yang tertakluk kepada Kenyataan Privasi Laman Web ini, sebarang bahan, cadangan, idea, konsep, pengetahuan, teknik, maklumat, soalan, komen atau komunikasi lain yang anda siarkan atau hantar ke Laman Web ini dalam sebarang cara (“Komunikasi Pengguna”) adalah dan akan dianggap bukan rahsia dan bukan proprietari. Kami dan sekutu-sekutu kami masing-masing dan wakil-wakil kami atau mereka boleh menggunakan mana-mana atau semua Komunikasi Pengguna untuk sebarang tujuan apa jua pun, termasuk tanpa had, penghasilan semula, transmisi, pendedahan, penerbitan, penyiaran, pembangunan, pembuatan dan/atau pemasaran dalam sebarang cara apa jua pun untuk sebarang atau semua tujuan komersial atau bukan komersial. Kami boleh, tetapi tidak berkewajipan, untuk memantau atau menyemak sebarang Komunikasi Pengguna. Kami tidak berkewajipan untuk menggunakan, mengembalikan, menyemak atau memberi respons kepada sebarang Komunikasi Pengguna. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan sebarang Komunikasi Pengguna yang sedemikian, sama ada yang timbul atau tidak, di bawah undang-undang hak cipta, fitnah, privasi, kelucahan atau sebaliknya. Kami berhak untuk mengeluarkan sebarang atau semua Komunikasi Pengguna yang melibatkan sebarang bahan yang kami anggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima.

12. PENAFIAN

Penggunaan Laman Web ini adalah di atas risiko anda sendiri. Maklumat, bahan-bahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dan melalui Laman Web ini disediakan “seadanya” tanpa sebarang waranti apa jua pun termasuk waranti ke atas produk, kecergasan untuk tujuan tertentu atau tiada pelanggaran harta intelek. Live-well Nutraceuticals juga tidak memberi jaminan ke atas ketepatan maklumat, bahan-bahan atau perkhidmatan yang disediakan di atau melalui Laman Web ini. Maklumat, bahan-bahan dan perkhidmatan yang disediakan di atau melalui Laman Web ini mungkin telah lapuk dan Live-well Nutraceuticals tidak membuat sebarang komitmen atau bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat, bahan-bahan atau perkhidmatan yang sedemikian. Pengecualian-pengecualian waranti tersirat ini tidak terpakai setakat mana yang dilarang oleh undang-undang. Sila rujuk undang-undang tempatan untuk larangan-larangan yang sedemikian.

13. SEKATAN-SEKATAN LIABILITI

Live-well Nutraceuticals tidak bertanggungjawab atau akan dipertanggungjawabkan, ke atas sebarang kerosakan kepada atau sebarang virus yang mungkin menjejaskan komputer, peralatan telekomunikasi atau lain-lain harta anda, yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada perbuatan anda mengakses, menggunakan atau melayari Laman Web ini, atau memuat turun sebarang maklumat atau bahan daripada Laman Web ini. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, Live-well Nutraceuticals atau mana-mana pegawai, pengarah, pekerja, rakan sekutu, ejen, pengganti atau penerima serah hak mereka masing-masing atau mana-mana pihak, tidak akan terlibat dalam pewujudan, penghasilan atau transmisi kerosakan tidak langsung, khas, sampingan atau akibat ini, yang timbul daripada penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan atau akibat daripada penggunaan Laman Web ini, mana-mana laman web yang dipautkan ke Laman Web ini atau bahan-bahan, maklumat atau perkhidmatan yang terkandung dalam mana-mana atau semua laman web yang sedemikian, sama ada bergantung kepada waranti, kontrak atau sebarang teori undang-undang lain dan sama ada diberi nasihat atau tidak tentang kerosakan yang boleh berlaku. Sekatan-sekatan liabiliti di atas tidak terpakai setakat mana yang dilarang oleh undang-undang. Sila rujuk undang-undang tempatan untuk sebarang larangan yang sedemikian.

Anda akan bersetuju untuk tidak lagi menggunakan Laman Web ini sekiranya terdapat sebarang isu timbul daripada penggunaan Laman Web ini atau daripada mana-mana kandungannya.

14. SEMAKAN TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat ini boleh disemak pada bila-bila masa dan sekali-sekala dengan mengemas kini hantaran ini. Anda hendaklah melawat halaman ini sekali-sekala untuk menyemak Terma dan Syarat semasa kerana ia mengikat ke atas anda. Peruntukan-peruntukan tertentu Terma dan Syarat ini boleh digantikan oleh notis-notis sah atau terma-terma yang terletak pada halaman-halaman tertentu pada Laman Web ini.

15. PENGUATKUASAAN TERMA DAN SYARAT; BIDANG KUASA

Terma dan syarat yang dinyatakan selepas ini akan menggantikan mana-mana perjanjian lain antara anda dan Live-well Nutraceuticals atau setakat yang perlu untuk menyelesaikan sebarang ketakkonsistenan atau kesamaran. Terma dan syarat ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia, tanpa menjejaskan sebarang prinsip konflik undang-undang. Sebarang tindakan untuk mendapatkan kelegaan sah atau saksama yang timbul daripada atau berkaitan dengan Laman Web ini hendaklah hanya diambil dalam Malaysia.

16. PENAMATAN

Anda atau kami boleh menggantung atau menamatkan akaun anda atau penggunaan Laman Web ini oleh anda pada bila-bila masa, atas sebarang sebab atau tiada sebab. Kami berhak untuk mengubah, menggantung atau tidak meneruskan semua atau sebarang aspek Laman Web ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis.

17. MAKLUMAT BERKAITAN KESIHATAN

Maklumat yang terkandung dalam Laman Web ini disediakan bagi tujuan penerangan semata-mata dan bukan bermaksud untuk menggantikan nasihat yang diberikan oleh doktor anda atau profesional penjagaan kesihatan yang lain. Anda tidak harus menggunakan maklumat yang disediakan di atau melalui Laman Web ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat yang mungkin disediakan di Laman Web ini oleh profesional penjagaan kesihatan atau nutrisi yang digaji oleh atau yang berkontrak dengan Live-well) untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit atau untuk mempreskripsikan sebarang ubat-ubatan. Maklumat dan kenyataan-kenyataan berkaitan makanan tambahan yang disediakan bukan bermaksud untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

18. INDEMNITI

Anda bersetuju untuk melindungi dan tidak mempertanggungjawabkan Live-well dan syarikat induk, rakan sekutu (dan para pemberi francais dan pemegang lesen mereka), dan anak-anak syarikat, pengawai, pengarah, pekerja, pengganti dan penerima serah hak kami, terhadap sebarang dakwaan, kerugian atau tuntutan, termasuk yuran guaman yang munasabah, yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga disebabkan oleh atau yang timbul apabila anda menggunakan Laman Web kami, membuat sambungan ke Laman Web kami, mencabuli Terma dan Syarat ini atau mencabuli sebarang hak pihak lain. Indemniti ini kekal terpakai walaupun selepas penamatan Terma dan Syarat ini.

19. PENGGUNAAN DOMESTIK & PERATURAN-PERATURAN EKSPORT

Kami tidak memberi sebarang representasi bahawa Laman Web ini atau kandungannya (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang produk atau perkhidmatan yang tersedia di atau melalui Laman Web ini) adalah sesuai atau boleh didapati untuk penggunaan di lokasi lain. Pengguna-pengguna yang mengakses Laman Web ini, berbuat demikian dengan inisiatif mereka sendiri dan hendaklah menanggung semua tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika terpakai. Memuat turun sebarang kandungan daripada Laman Web ini adalah mencabul undang-undang Malaysia.

20. PELBAGAI

Kegagalan kami untuk mengamalkan atau melaksanakan mana-mana hak atau peruntukan dalam Terma dan Syarat ini bukan merupakan satu penepian hak atau peruntukan yang sedemikian oleh kami. Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini didapati oleh mahkamah bidang kuasa kompeten sebagai tidak sah, pihak-pihak terlibat, walau bagaimanapun, bersetuju bahawa mahkamah hendaklah berusaha untuk melaksanakan niat pihak-pihak tersebut seperti yang dinyatakan dalam peruntukan tersebut, dan peruntukan-peruntukan lain dalam Terma dan Syarat kami akan kekal berkuatkuasa sepenuhnya. Anda bersetuju bahawa tanpa mempedulikan sebarang statut atau undang-undang yang sebaliknya, sebarang dakwaan atau penyebab kepada tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman Web ini atau Terma dan Syarat kami, hendaklah difailkan dalam masa satu (1) tahun selepas dakwaan atau penyebab kepada tindakan yang sedemikian timbul atau ia disekat untuk selama-lamanya.

21. BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai Terma dan Syarat yang dinyatakan atau jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen, hubungi kami di Live-well Nutraceuticals, 22-1, Jalan PJU 5/20D, The Strand, 47810 Kota Damansara, Selangor, Malaysia atau e-melkan kepada kami di info@livewell2u.com.


Terma dan Syarat ini kali terakhir dikemas kini pada Feb 2016.