fbpx

Faktor Risiko Diabetes

Kerosakan saraf memang ketara di kalangan penghidap diabetes dan merupakan salah satu komplikasi diabetes yang paling biasa. Langkah pertama bagi mencegah kerosakan saraf ialah pencegahan diabetes, kerana diabetes adalah suatu masalah kesihatan sepanjang hayat yang mungkin mengakibatkan kerosakan saraf dan masalah kesihatan lain jika tidak dirawat. Tahukah anda sesetengah faktor atau masalah kesihatan boleh meningkatkan risiko anda menghidap diabetes? Mengetahui risiko anda dan mengubah pemakanan serta gaya hidup boleh mencegah diabetes dan kerosakan saraf. Ketahui lebih lanjut risikonya:

Diabetes Jenis 1

Faktor-faktor risiko yang jelas bagi Diabetes Jenis 1 masih belum diketahui pada masa ini, namun, yang jelas diketahui adalah akan ada sedikit peningkatan risiko jika anda mempunyai seorang ahli keluarga (ibu bapa, adik-beradik) yang menghidap Diabetes Jenis 1. Diabetes Jenis 2 lebih biasa berlaku berbanding Diabetes Jenis 1.

Diabetes Jenis 2

Faktor-faktor Risiko Tidak Boleh Ubah bagi Diabetes Jenis 2:

  • Sejarah diabetes dalam keluarga

Jika anda mempunyai saudara, terutamanya ibu, bapa atau adik-beradik yang menghidapi diabetes, risiko anda mendapat penyakit ini meningkat dengan ketara.

  • Usia

Semakin usia anda meningkat, semakin tinggi risiko anda. Di Malaysia, orang yang berusia 30 tahun ke atas lebih berpotensi untuk mendapat penyakit diabetes.

  • Sejarah diabetes gestasi (diabetes semasa hamil)

Jika anda pernah didiagnos dengan diabetes semasa hamil atau pernah melahirkan bayi yang beratnya melebihi 4.0 kg, risiko anda mendapat diabetes Jenis 2 turut meningkat.

Faktor-faktor Risiko Boleh Ubah bagi Diabetes Jenis 2:

  • Berat badan berlebihan atau obes

Semakin banyak tisu lemak yang anda miliki, sel-sel tubuh anda akan semakin kurang sensitif terhadap insulin. Berat badan berlebihan (mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) lebih besar daripada 25.0) atau obes (mempunyai indeks jisim tubuh lebih besar daripada 30.0), akan meningkatkan risiko anda mendapat diabetes.

NOTA: Indeks jisim tubuh ialah ukuran lemak dalam tubuh berdasarkan tinggi dan berat badan.

  • Tidak aktif secara fizikal

Mempunyai berat badan berlebihan/ obes dan tidak aktif secara fizikal ialah antara faktor boleh ubah yang paling berisiko bagi diabetes jenis 2. Semakin anda tidak aktif, semakin tinggi risiko untuk anda mendapat diabetes Jenis 2. Hidup secara aktif meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin, membantu menggunakan glukosa sebagai tenaga dan membantu mengawal berat badan anda.

run
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi)

Selain menyebabkan kerosakan kepada sistem kardiovaskular, tekanan darah tinggi yang tidak dirawat (pada atau di atas 140/90mmHg) telah dikaitkan dengan perkembangan diabetes.

  • Paras kolesterol tinggi

Jika anda mempunyai paras lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol “baik” yang rendah, anda berisiko mendapat diabetes Jenis 2. Trigliserida ialah satu lagi jenis lemak yang terdapat dalam darah. Paras trigliserida yang tinggi juga boleh meningkatkan risiko mendapat diabetes Jenis 2.

  • Ukur lilit pinggang yang besar

Mempunyai lemak berlebihan pada bahagian perut anda, yang diukur sebagai ukur lilit pinggang melebihi 80sm bagi wanita atau lebih besar daripada 90sm bagi lelaki, akan meningkatkan risiko anda mendapat diabetes Jenis 2.

  • Telah didiagnos mengalami keadaan pra diabetes (gangguan toleransi glukosa atau gangguan glukosa semasa puasa)

Kandungan glukosa dalam darah yang tinggi ialah faktor risiko yang besar untuk mendapat diabetes dan dalam jangka masa panjang, penyakit jantung dan strok.

PP4534_ALA-book-cover_21-02--1024x1024
HbA1c Glukosa Plasma Semasa Puasa (FPG) Ujian Toleransi Glukosa Oral (OGTT)
Normal < 5.7% <5.6mmol/L <7.8mmol/L
Pra-diabetes 5.7%-6.4% 5.6 to 6.9 mmol/L 7.8 mmol/L to 11.0 mmol/L
Diabetes 6.5% atau lebih tinggi 7 mmol/L atau lebih tinggi 11.1 mmol/L atau lebih tinggi

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom-simptom diabetes, anda dinasihatkan berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda. Jika anda tidak mempunyai sebarang simptom tetapi mempunyai faktor risiko, anda masih perlu membuat pemeriksaan. Ramai penghidap diabetes Jenis 2 mungkin tidak mengalami sebarang simptom.

Mengetahui faktor risiko anda, pengesanan awal symptom dan rawatan awal boleh mencegah atau mengurus diabetes serta komplikasi seperti kerosakan saraf dan ulser kaki.

 

» view references

Rujukan:
1. American Diabetes Association
2. American Heart Association

» hide references

TERBUKTI BERKESAN UNTUK KEROSAKAN SARAF AKIBAT DIABETES!

  • MELINDUNGI daripada Kerosakan Saraf
  • MENCEGAH Keradangan Saraf
  • MEMBAIKI & MENYEMBUHKAN Saraf yang Rosak
  • MENJANA SEMULA Saraf yang Baru dan Sihat

MAL 06071119X

Disyorkan Untuk Pengguna Live-well MECOMIN

ANTIOKSIDAN TIGA TINDAKAN UNTUK PENGGUNA Live-well MECOMIN

  • Menjaga kesihatan dan menguatkan tubuh
  • Ciri penyerapan dua kali ganda untuk memerangi lebih banyak radikal bebas
  • Diserap dan disalurkan dengan pantas untuk melindungi sel dari luar dan dalam
  • Menghasilkan semula dan mengitar semula antisoksidan lain seperti Vitamin C dan Vitamin E, Koenzim Q10 dan Glutation untuk memusnahkan radikal bebas
ala-bottle

Ini adalah iklan ubat

KKLIU 0409/2019