fbpx

Pemantauan Diabetes

Pemantauan sendiri gula darah penting bagi pengurusan diabetes. Semakin dekat gula darah anda ke paras normal, lebih tinggi kemungkinan mencegah komplikasi diabetes seperti kerosakan saraf, mata dan buah pinggang.

Ia mungkin mengambil masa yang lama tetapi umumnya simptom akan mengurang dengan adanya kawalan baik glukosa. Anda boleh memeriksa sendiri gula darah anda di rumah. Menguji glukosa darah di rumah memberi gambaran tepat paras glukosa darah anda pada waktu pemeriksaan. Ia mudah diuji dengan alat elektronik mudah alih (glucometer) yang mengukur paras glukosa dalam setitik darah anda. Ini dilakukan dengan mencucuk tepi jari anda menggunakan alat mencucuk jari dan meletakkan setitik darah di atas jalur ujian.

American Diabetes Association mencadangkan sasaran berikut bagi dewasa yang menghidap diabetes:

  • Sebelum makan: 3.9-7.2 mmol/l
  • Dua jam selepas makan: kurang daripada 10.0 mmol/l

Namun, ramai yang berbeza pendapat akan sasaran terbaik. Oleh kerana ia bergantung kepada individu, sasarannya harus dipersetujui pesakit dan pasukan penjagaan kesihatan.

Rujukan:
1. American Diabetes Association

fotolia_115277453

TERBUKTI BERKESAN UNTUK KEROSAKAN SARAF AKIBAT DIABETES!

  • MELINDUNGI daripada Kerosakan Saraf
  • MENCEGAH Keradangan Saraf
  • MEMBAIKI & MENYEMBUHKAN Saraf yang Rosak
  • MENJANA SEMULA Saraf yang Baru dan Sihat

MAL 06071119X

Disyorkan Untuk Pengguna Live-well MECOMIN

ANTIOKSIDAN TIGA TINDAKAN UNTUK PENGGUNA Live-well MECOMIN

  • Menjaga kesihatan dan menguatkan tubuh
  • Ciri penyerapan dua kali ganda untuk memerangi lebih banyak radikal bebas
  • Diserap dan disalurkan dengan pantas untuk melindungi sel dari luar dan dalam
  • Menghasilkan semula dan mengitar semula antisoksidan lain seperti Vitamin C dan Vitamin E, Koenzim Q10 dan Glutation untuk memusnahkan radikal bebas
ala-bottle

Ini adalah iklan ubat

KKLIU 0409/2019